SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011

02/03/2011 22:48

Majlis Sambutan Maulidur rasul telah diadakan dengan jayanya di Tadika Bijak Fikir pada 2 hb Mac 2011 bersamaan 27 Rabiulawal 1432H. Seramai 43 orang murid beserta 4 orang guru dan seorang pembantu telah meraikannya.

Salahsatu tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai rasa kasihsayang dan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. Pelbagai acara dan pertandingan diadakan di antaranya pertandingan mewarna, pertandingan hafazan surah Al Fatihah dan pertandingan azan. Kesemua murid telah diberi peluang untuk menyertai pertandingan tersebut.

Majlis sambutan ini telah dimulai dengan perarakan sambil berselawat Nabi. Perarakan pada tahun ini telah diiringi dengan paluan kompang yang dipalu oleh Adik Muaz Azmil Ilham dan Adik Nurainaa Nadhirah. Perarakan ini juga diserikan lagi dengan iringan bunga manggar.Kelihatan anak2 sangat teruja dan gembira sambil berselawat.

Cikgu Zubaidah telah menyampaikan sirah rasulullah kepada anak2. Di samping itu, anak2 juga telah mempersembahkan nasyid bertajuk "Rasulullah Al Ameen". Kemudian anak2 telah dijamu dengan hidangan nasi jagung beserta buah2n dan kuih muih.

Bagi pertandingan mewarna,murid 6 tahun dimenangi oleh Adik Aina Darwisyah,tempat kedua Adik nursyamiera Afiqah dan ketiga Adik Husna Atiesya. Bagi murid 5 tahun, dimenangi oleh Adik Balqis,kedua Adik Nuraisya Afiqah dan ketiga Adik Addin Nufail. Bagi pertandingan hafazan surah al Fatihah,murid 5 tahun dimenangi oleh Adik Balqis,kedua Adik Nuraisya Afiqah dan ketiga Adik Nuranessa. Manakala murid 6 tahun dimenangi oleh Adik Ariff Hakimie,kedua Adik Muaz Azmil dan ketiga Adik Syahmi Fahmi. Bagi pertandingan azan pula,murid 6 tahun dimenangi oleh Adik Ariff Hakimie dan 5 tahun Adik Hayqal Hayat.

Kesemua pemenang telah menerima hadiah yang telah disampaikan oleh Puan Zaharah Binti Abd.Rahman,guru besar Tadika Bijak Fikir. Terimakasih kepada semua ibubapa yang telah bermurah hati memberikan sumbangan bagi menjayakan majlis ini.

—————

Back


Contact

Tadika Bijak Fikir

No. 225, Jalan Saujana 10, Taman Saujana, 82000 Pontian, Johor Darul Takzim.

Guru Besar
Zaharah Abd. Rahman
019-7528003



Poll

Adakah maklumat yang disediakan mencukupi?

Ya
74%
1,311

Tidak
26%
464

Total votes: 1775


Pepatah Mengatakan

"Melentur anak biar dari rebung"

oleh itu :

 Kami sedia membantu