Tentang Kami

Sejarah Penubuhan TBF

Tadika Bijak Fikir (TBF) merupakan sebuah tadika swasta milik perseorangan. TBF telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan mula beroperasi pada sesi persekolahan Januari 2001 dan telah didaftarkan di bawah Jabatan Pelajaran Johor.
     TBF telah mula beroperasi di alamat No. 100, Jalan Indah 8, Taman Indah, Pontian dengan modal permulaan sebanyak RM 10 ribu. Pada awal tahun 2006 TBF telah berpindah ke premis baru beralamat di No. 225, Jalan Saujana 10, Taman Saujana, Pontian sehingga sekarang.
Seramai 4 orang tenaga pengajar yang mengajar di Tadika Bijak Fikir dengan seorang pembantu pengurusan murid.

 

Misi TBF

Menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan fizikal,kognitif,bahasa,komunikasi,moral, kerohanian, sosioemosi serta kreativiti dan estetika serta menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan ke sekolah rendah.

 

Visi TBF

TBF komited meningkatkan kecemerlangan 4M (Membaca, Menulis,Mengira dan Menaakul) serta membina keyakinan diri kanak-kanak melalui program pendidikan yang bersepadu  dan berkualiti untuk membina insan cemerlang.

 

Objektif TBF

Kanak-kanak di TBF digalakkan untuk mencapai potensi dalam semua aspek perkembangan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial serta dapat menguasai kemahiran 4M selaras dengan kehendak KSPK(Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan).

 TBF komited meningkatkan kecemerlangan 4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)


Contact

Tadika Bijak Fikir

No. 225, Jalan Saujana 10, Taman Saujana, 82000 Pontian, Johor Darul Takzim.

Guru Besar
Zaharah Abd. Rahman
019-7528003



Poll

Adakah maklumat yang disediakan mencukupi?

Ya
74%
1,311

Tidak
26%
464

Total votes: 1775


Pepatah Mengatakan

"Melentur anak biar dari rebung"

oleh itu :

 Kami sedia membantu