PROGRAM KAMI PRIHATIN

04/09/2011 21:59

Satu lagi program telah berjaya dilaksanakan oleh TBF iaitu "PROGRAM KAMI PRIHATIN" yang telahpun diadakan pada 13 & 14 hb Ogos 2011. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai2 murni ke dalam jiwa anak2 didik TBF di samping itu dapat meringankan bebanan  golongan yang kurang berkemampuan bagi menghadapi persiapan hari raya Aidilfitri. Bagi menjayakan program ini, TBF telahpun memohon sumbangan ikhlas daripada ibubapa murid samada berbentuk barangan keperluan ataupun wang ringgit. Alhamdulillah respon daripada ibubapa sangat menggalakkan.

Bersama ibubapa dan murid, kami telahpun mengagihkan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan iaitu sebanyak 10 buah keluarga. Antara barangan yang disumbangkan ialah beras, gula pasir, tepung gandum, minyak masak, biskut raya dan lain-lain lagi berserta wang tunai sebanyak RM 100.00 bagi setiap buah keluarga kecuali sebuah keluarga telah menerima sumbangan sebanyak 200.00.

Mudah2an program yang telah dijayakan ini dapat memberikan impak yang positif ke dalam jiwa anak2 didik TBF.

—————

Back


Contact

Tadika Bijak Fikir

No. 225, Jalan Saujana 10, Taman Saujana, 82000 Pontian, Johor Darul Takzim.

Guru Besar
Zaharah Abd. Rahman
019-7528003



Poll

Adakah maklumat yang disediakan mencukupi?

Ya
74%
1,311

Tidak
26%
464

Total votes: 1775


Pepatah Mengatakan

"Melentur anak biar dari rebung"

oleh itu :

 Kami sedia membantu