MINGGU ORIENTASI 2011

02/01/2011 15:17

SELAMAT DATANG KE TADIKA BIJAK FIKIR

Selamat datang kepada murid2 baru TBF bagi sessi 2011. Alhamdulillah minggu orientasi telahpun dijalankan dengan jayanya.

Tahniah dan syabas kepada ibubapa/tuan2 dan puan2 kerana telah memilih TBF bagi anak tuan2 dan puan2 menerima pendidikan awal kanak2. 

Sessi orientasi telah diadakan pada 28 hb dis hingga 30 hb dis 2010. Pada hari pertama, cikgu2 telah memperkenalkan diri masing2 kepada anak2. Anak2 juga telah dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut warna belon yang telah mereka perolehi.

Tujuan pembahagian kumpulan mengikut warna adalah untuk mengenal warna kepada anak2 sebagai langkah permulaan mereka menerima ilmu di TBF. Kami yakin anak2 begitu peka dan suka  dengan warna-warni. Selain daripada itu anak2 juga diajar nyanyian. Lagu pertama,kami perkenalkan lagu "Good morning to you"..alhamdulillah..anak2 cepat menghafal lirik lagu ini. Malah mereka juga berani tampil ke hadapan bila disuruh menyanyi di hadapan kawan2 dan cikgu2 mereka.

Pada sessi orientasi juga, anak2 diberi penerangan tentang penggunaan tandas, perkenalkan bilik darjah, pejabat,sudut IT,sudut bacaan, dapur serta halaman bermain.

Sebagai langkah permulaan untuk kemahiran menulis, anak2 telah diajar membentuk menggunakan plastercine dan seterusnya anak2 telah diajar menulis menggunakan pensel. Alhmadulillah kebanyakkan anak2 sudah boleh menulis.

Secara keseluruhannya sessi orientasi bagi murid baru 2011 telah berjalan lancar dan telah mencapai objektaif tadika.

—————

Back


Contact

Tadika Bijak Fikir

No. 225, Jalan Saujana 10, Taman Saujana, 82000 Pontian, Johor Darul Takzim.

Guru Besar
Zaharah Abd. Rahman
019-7528003



Poll

Adakah maklumat yang disediakan mencukupi?

Ya
74%
1,311

Tidak
26%
464

Total votes: 1775


Pepatah Mengatakan

"Melentur anak biar dari rebung"

oleh itu :

 Kami sedia membantu