Lawatan ke Smart Street di Plaza Pontian

19/01/2011 00:06

Alhamdulillah,pada 17hb Jan 2011, TBF telah mengadakan lawatan pertamanya bagi sessi persekolahan 2011. Meskipun program yang diadakan ini tidak tersenarai di dalam takwim sekolah, tapi kami mengambil kesempatan dan peluang yang ada untuk membawa murid2 seramai 42 orang bersama 4 orang guru dan 2 orang pembantu guru ke Plaza Pontian bagi tujuan melihat pameran Smart Street yang dianjurkan bersama petronas dan petrosains.

Bertolak dari tadika pada jam 10.00 pagi, kami menaiki bas menuju ke Plaza Pontian. Anak2 begitu teruja dan bersemangat. Selama 2 jam anak2 berada di smart Street. Di dalam program ini, anak2 didedahkan mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri di jalanraya. Selain itu, pihak penganjur mengadakan pertandingan mewarna dan aktiviti menguji minda anak2. 

 Program yang diadakan ini adalah bertujuan untuk membina potensi murid agar lebih berkeyakinan dan berani, mengenalpasti kebolehan diri dan bagaimana anak2 ini dapat berinteraksi dengan komuniti sebagaimana yang terdapat di dalam Tunjang Kemanusiaan. Secara kesimpulannya, objektif lawatan ini diadakan pada awal bulan persekolahan telah tercapai.

—————

Back


Contact

Tadika Bijak Fikir

No. 225, Jalan Saujana 10, Taman Saujana, 82000 Pontian, Johor Darul Takzim.

Guru Besar
Zaharah Abd. Rahman
019-7528003



Poll

Adakah maklumat yang disediakan mencukupi?

Ya
74%
1,311

Tidak
26%
464

Total votes: 1775


Pepatah Mengatakan

"Melentur anak biar dari rebung"

oleh itu :

 Kami sedia membantu