AKTIVITI MARHABAN CILIK TBF

20/09/2011 23:06

Alhamdulillah, program "Marhaban Cilik" TBF telahpun dapat dijayakan dengan sempurnanya pada 13 hb September~ 15 hb September 2011. Aktiviti ini telah diadakan sempena bulan Syawal. Seramai 46 orang murid dengan diiringi 4 orang guru dan seorang pembantu turut menajyakan program ini.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah sebagai platform untuk anak2 menjalinkan ukhwah dan silaturrahim di dalam masyarakat yang hampir dengan mereka. Sebanyak 10 buah rumah telah dapat anak2 kunjungi sambil bermarhaban dan berhari raya. Selain daripada itu dengan aktiviti ini juga ada objektif yang hendak disemai ke dalam jiwa anak2. Kita beri mereka pendedahan aktiviti bermasyarakat, adap sopan yang perlu ada ketika berkunjung ke rumah orang. Mudah2an dengan aktiviti sebegini memberikan impak yang positif kepada anak2 pada masa akan datang.Insyallah

—————

Back


Contact

Tadika Bijak Fikir

No. 225, Jalan Saujana 10, Taman Saujana, 82000 Pontian, Johor Darul Takzim.

Guru Besar
Zaharah Abd. Rahman
019-7528003



Poll

Adakah maklumat yang disediakan mencukupi?

Ya
74%
1,311

Tidak
26%
464

Total votes: 1775


Pepatah Mengatakan

"Melentur anak biar dari rebung"

oleh itu :

 Kami sedia membantu